Hurts
Friday, 28 December 2012 | Friday, December 28, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum. Yeah it's been a while aku tak update blog. Setahun berlalu dan now.. I'm back! *bentang karpet merah untuk diri sendiri* (yelah takda sapa nak tolong bentangkan). Okay stop it. Kalau merepek pun rasanya satu post tak cukup. Lek lu, nahh kopi. Minum lah sambil baca post yang tah apa motif ni ._. *hulur kopi*. Dulu, blog ni wujud waktu umur aku 13 tahun. Waktu tu tak matang lagi, update pun entah pape. Dari mana idea tu datang pun aku tak tahu. Full with nonsense. Masih mentah dalam pemikiran. Belum masak lagi dengan selok belok kehidupan. Banyak lagi liku liku yang akan datang. Jujur aku cakap, 2012 banyak menagajar aku. Banyak sangat. Tak terkira banyaknya (tapi kalau listkan tak sampai berapa kerat sebenarnya) -.-
"Kenangan selalu menjadi pengajaran buat seseorang" ya, this quotes has its own reason why does it true. Tak semua yang dapat rasa keadaan macam ni dalam satu masa. Tapi percayalah, dunia ni ibarat roda, sentiasa berputar dan takda mesin masa untuk putar balik putaran roda tu. Satu hari nanti semua orang pasti rasa dan faham apa maksud kenyataan tadi. Agak rumit untuk dikatakan, namun itu bukan halangan untuk orang di sekeliling kita faham apa yang kita rasa.
Bagi diri aku sendiri, benda ni satu benda yang aku sendiri tak dapat jangka. Aku tak dapat elak. Dah tercatat untuk benda ni jadi, benda ni yang aku hadapi. Tapi aku buang rasa gusar sebab kawan kawan aku sentiasa ada belakang aku. Keluarga aku selalu ada dengan aku. Walau ada segelintir manusia yang busuk hati dengan aku pun apa sebab aku perlu takut? They must be jealous with what I've got, isn't it? Rambut sama hitam, hati lain lain. Allah je tahu. May Allah bless them :')
Kawan kawan aku selalu marah. Dorang mesti cakap "weh kenapa kau ni baik sangat?" "kenapa kau biarkan je dorang pijak kau macam ni?". Ya Allah, pada mulanya hati aku sakit sangat. Hanya tuhan yang tahu betapa peritnya waktu tu. Aku cuma mampu menangis, marah, maki. Perasaan marah memang tak dapat dikawal. Aku luahkan semuanya. Takda yang tersembunyi lagi. Aku menangis tak berhenti sampaikan takda air mata lagi. Nasib baik tak keluar air mata darah. Naya jakgi -.- aku luahkan kepada Yang Maha Esa. Aku yakin dia tahu kenapa aku perlu lalui semua ni.
Sememangnya niat di hati nak balas dendam. Tapi bila fikir balik, takpa. Satu hari nanti dorang akan rasa apa yang aku rasa. Allah dah mengaturkan semuanya. Cuma kita perlu lalui. Dah hampir 3 bulan benda ni berlalu, tapi ternyata aku bukan seorang yang pelupa bab bab tragis macam ni. Aku tak minta, mungkin dah dikurniakan sebegini kan? Takpalah, aku maafkan. I will wait for that one day. Yeah, that precious day for me (unsur jahat mula menguasai. K tak memasal)
^------ dah baca ayat atas tadi? Skema tak? Aku rasa macam berbunga sangat pun ada juga -.- erk dah lama tak taip macam tu. Tapi takpalah, sekali sekala kan? *angkat angkat kening* Haha now, aku kena bijak untuk bezakan mana kaca dan yang mana permata. Hidup ni tak kejam, cuma segalanya bersebab mengapa ia berlaku :)
(28hb Disember birthday adik aku. Happy birthday budak! xoxo)
--> just give te best smile and keep smiling :)