Selamat tinggal
Friday 11 July 2014 | Friday, July 11, 2014 | 0 comments
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"
Tak dapat nak digambarkan dengan kata kata. Terkelu tak terkata bila dapat tahu berita. Aku hanya mampu mengalirkan air mata. Kedukaan yang tak terkira, kehilangannya cukup terasa. Aku terkejut dengan pemergian atuk. Mungkin doa aku juga yang tak mampu nak tengok atuk hidup dan terus terseksa. Aku berdoa setiap masa, jika kematian adalah satu satunya jalan untuk mengurangkan seksa yang atuk alami, maka aku redha jika Allah tarik nyawa atuk namun aku bermohon agar kematiannya juga tidak menyeksakan. Aku berharap supaya Allah berikan kelebihan kepada atuk. Itu yang aku mampu.
Alhamdulilah, Allah menjawab segala doa aku. Bukan niat di hati untuk atuk pergi, tapi hati aku terlalu lembut untuk menatap keadaan atuk. Mudah sangat menangis. Aku hidup dengan atuk daripada aku kecik. Atuk yang selalunya layankan apa yang aku nak. Atuk yang selalu hantar aku kemana mana yang aku nak pergi. Atuk juga yang beri aku semangat setiap kali atuk tanya "study akak macam mana?" dan aku menyatakan ketidakbagusan aku dalam pelajaran. Sedih, itu je. Aku tak rasa benda lain.
I can feel the emptiness. Sunyinya rumah ni, aku tak mampu gambarkan. Biasanya aku kejut atuk tidur, tapi sekarang tak lagi. Aku masih lagi malu nak menzahirkan rasa sedih, biar aku je yang tahu apa yang aku rasa. Entah, malu menebal. Nak cerita kat abah, malu. Kat mama pun malu. Takpalah, Allah ada :)
Allah jemput atuk pergi menghadap-Nya pukul 5 petang, 9 Julai 2014 bersamaan 11 Ramadhan 1435H. Allahu, akhirnya atuk pergi dalam bulan Ramadhan juga & rumah ni juga menjadi saksi atuk pergi. Sedih bukan kepalang, aku balik rumah dan menangis peluk baba. Sebak bila semua orang cakap "kakak, atuk dah takda tau." Mana aku tak sedih? Raya tahun ni takkan sama macam raya raya yang sebelumnya. *sigh* I was not ready yet for pra-trial this Sunday. It is just like I lost a part of my life, I just need my time.. Allah, tolonglah hamba-Mu ini..
Atuk,
Kenapa atuk pergi dulu sebelum akak balik? Akak tak sempat nak minta maaf dengan atuk. Banyak dosa akak dengan atuk, akak dah banyak susahkan hati atuk selama ni. Bila akak ikutkan kepala akak, akak lupa apa yang atuk rasa. Atuk ikut je apa yang akak nak selama ni. Atuk tak pernah kecewakan akak tapi akak selalu kecewakan atuk. Atuk maafkan akak tau. Akak minta maaf banyak banyak, walaupun dah terlambat akak nak cakap semua ni.. Sekarang, akak redha atuk pergi. Akak bersyukur sebab atuk antara orang yang Allah pilih untuk pergi dalam bulan puasa ni. Syurga menanti, atuk tunggu akak kat sana tau.
Apa yang atuk pesan kat akak selama ni, akak tak pernah lupa. Atuk percaya yang akak boleh buat untuk berjaya dalam hidup ni. Mungkin atuk nampak tahap kemampuan akak, akak je yang tak nampak. Akak buat untuk diri akak, untuk atuk, untuk abah, mama, baba, untuk semua orang. Terutama sekali, akak buat untuk Allah. Atuk jangan risau, akak letak Allah nombor satu :) akak terkilan sikit sebab atuk takda bila akak berjaya nanti. Akak terkilan sebab tak dapat tunaikan janji akak nak bawa atuk naik kereta mahal akak bila akak dah kerja nanti. Akak sedih. Janji tu takda siapa dalam keluarga kita yang tahu. Tu janji kakak dengan atuk je. Sekarang atuk dah takda, semua tu akak tak dapat buat dengan atuk
I hope that you will always watching me from up there. I will never forget the things that you told and taught me before. Macam tak percaya dah 4 hari atuk pergi. You left me here, in this hectic world. I'm too scared to face it. I'm lack of self-confidence, I just.. *sigh* I know you will understand. You are in my heart, forever. I love you, atuk. So much.. *wipe tears*
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa atukku. Semoga Engkau tempatkan atukku, Ayob Bin Mohamed Bapu di kalangan para syuhada' yang beruang demi agamaMu, di kalangan hambaMu yang soleh, di kalangan para anbia' dan sahabat sahabat Rasulullah. Aku bermohon kepadaMu agar Kau cucuri rahmat ke atas rohnya, ya Allah. Kau jauhkanlah dia dari seksaan kubur & seksaan api NerakaMu. Kau peliharalah rohnya dan masukkan dia ke dalam Syurga Firdaus-Mu yang agung. Engkaulah sebaik-baik tempat aku bermohon, sesungguhnya Engkau jugalah Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Semoga Allah permudahkan segalanya, dan menguatkan hati aku untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Assalamualaikum.
Rest in peace, atuk. Allah loves you more, and I let you go.
You will always in my doa'.
Al-fatihah.
-- Ayob Bin Mohamed Bapu. 04 April 1950 - 09 Julai 2014 bersamaan 11 Ramadhan 1435H. 64 tahun.